Thursday, August 21, 2014

Dimana Kedudukan PAS Kalau Wan Azizah Tak Dapat Perkenan?


Berikutan pengumuman semalam bahawa PKR tidak akan mengemukakan nama calon Menteri Besar Selangor yang lain kalau nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail ditolak, Pakatan Rakyat sedang mengatur strategi untuk 'berhadapan' dengan kemungkinan itu sekarang (sekiranya ia berlaku).

Antara yang telah dirancang Pakatan Rakyat ialah mengadakan siri bantahan di seluruh negeri Selangor mendesak pihak berkenaan supaya menerima nama Wan Azizah, selain perletakkan jawatan Khalid Ibrahim secara sukarela bagi mengelakkan pilihanraya negeri.

Walaupun begitu, rancangan ini sedikit tempang berikutan keengganan PAS untuk turut serta.  Parti itu dilihat tidak mahu berbalah, terutama sekali dengan pihak Istana dan awal-awal lagi mengumumkan akan menyokong apa jua keputusan yang akan dibuat Istana dalam soal penggantian Menteri Besar ini.

Ini mungkin ada kaitan dengan cita-cita PAS untuk meletakkan calon mereka sendiri sebagai Menteri Besar, dalam masa yang sama, tidak mahu mengecewakan PKR yang berkehendak hanya Wan Azizah menjadi calon tunggal untuk jawatan tersebut.

Tak hairanlah kenapa keputusan PAS Ahad lepas mengelirukan hampir semua orang, dalam mesyuarat PAS Pusat sokong nama Azmin Ali dan Wan Azizah dikemukakan kepada Istana, tapi sebelah petang, sokong keputusan Pakatan Rakyat untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja pulak.

Semua itu dikaitkan dengan ura-ura PAS nak letak calon Menteri Besar mereka sendirilah, nama pun dah ada, Iskandar Samad.

Pun begitu, nak ketepikan PAS dalam perkara ini idak boleh.

Suka atau tidak, kita perlu akui PAS penting kerana mereka mempunyai ramai orang bawahan yang boleh digerakkan untuk membantu demonstrasi membantah penolakan nama Wan Azizah yang telah dirancang Pakatan Rakyat di seluruh Selangor.

Dari segi strategi kita tidak bimbang kerana DAP dan PKR mempunyai ramai bijak pandai yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut, tapi di peringkat perlaksanaan, ahli parti peringkat bawahan perlu memainkan peranan, dan tidak adalah yang lebih baik melainkan ahli-ahli PAS.

Takkan bijak pandai seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli nak turun berpeluh di atas jalan mengadakan bantahan jalanan?  Tak sesuai sebab tenaga mereka boleh digunakan untuk tujuan yang lebih penting. Orang bawahan PAS yang sesuai untuk buat kerja itu.

Akan datang, bila akar umbi DAP dan PKR sudah mantap, mungkin kebergantungan kepada jentera bawahan PAS ini boleh dikurangkan bila Pakatan Rakyat memerlukan khidmat mereka, tapi buat masa sekarang, jentera bawahan PAS ini masih diperlukan lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Tugas PAS hanya layak untuk baring atas jalan je! Alangkah mulianya PAS dimata pakatan rakyat