Thursday, August 14, 2014

Dua ADUN PAS Bakal Masuk PKR, Macam Mana Aku Tahu Dulu? Hahaha


Sesungguhnya dalam Malaysia ini, hanya Blog ini sahaja yang berjaya menghidu akan ada 2 ADUN PAS yang akan keluar PAS (atau dipecat) dan menyertai PKR kerana tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang menyokong Khalid Ibrahim.

Dalam satu artikel yang disiarkan semalam, blog ini sudah terlebih dahulu meramalkan 2 ADUN PAS akan menentang keputusan Majlis Syura yang mahu kesemua ADUN parti itu di Selangor mempertahankan Khalid.

Terbukti hari ini, dua ADUN berkenaan, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) membuat keputusan untuk melanggar keputusan Majlis Syura dan menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah.

Barulah Mustafa Ali terhegeh-hegeh nak menyiasat 2 orang tersebut, lembap.

Jangan tanya macam mana aku tahu lebih dulu dari Mustafa Ali, sekadar nak kata bahawa politik ini macam-macam, tak semua orang macam yang korang semua sangkakan.

Oh ya, ada yang kata Rodziah Ismail tidak sokong Khalid?  Kalau aku kata tak, macam mana?  Tipu?  Tunggu......


1 comment:

1Crony said...

PAS ini memang parti lembab dan suka menimbulkan fitnah (jauh sekali dari ajaran Islam). Sekiranya MH370 dan MH17 ditembak jatuh maka merekalah yang dahulu menjerit kepada PM supaya siasatan dan pencerahan diberi segera untuk pengetahuan rakyat tetapi kini perkara yang melibatkan reputasi dan kredibiliti PAS sendiri pun mereka nak tangguhkan, apa ini? Mereka jangan ingat sekiranya pemimpin PKR selain Anwar mampu bersabar dengan kerenah meraka? Sekiranya Azmin Ali atau Rafizi Ramli yang memegang tampuk Presiden PKR maka dah lama kerjasama dalam Pakatan Rakyat dengan PAS akan terbarai. Anwar mungkin di penghujung usia tidak mahu memungkiri janji beliau dengan Allahyarham Ust Fadzil Noor untuk mengharungi zaman sukar dan senang dalam suatu Pakatan. Tetapi sekiranya sikap Hadi Awang dan juak-juaknya yang selalu busuk hati dan makan kawan, maka sampai bilakah Anwar harus bersabar? Cubalah Anwar,kali ini jangan mengikut hati sabar kamu kerana manusia busuk perut ini tak perlu untuk dibawa berbincang sekalipun.....Usia aku sudah mencecah 67 tahun dan aku amat pasti PAS akan kembali ke era 50-an tanpa sokongan dari rakan PR (minta maaf kepada golongan Profesional/Erdogen - kamu semua tak termasuk ke dalam legasi khianat/jumud tersebut).