Sunday, August 3, 2014

Hanya 15k Hadri Demo Sokong Gaza, Majoriti Rakyat Malaysia Sokong Israel


Jika perbandingan angka nak dibuat, maka jumlah 15,000 orang (atau kurang) yang hadir secara beramai-ramai di Dataran Merdeka dalam himpunan pro Gaza semalam, tidak langsung mewakili hampir 30 juta orang rakyat negara ini.

Majoriti mereka bersetuju dengan Pakatan Rakyat yang sudah memberi komitmen untuk melindungi keselamatan Israel seperti yang terkandung di dalam perjanjian Penyelesaian 2 Negara (2 Nation Solution) yang menjadi asas perjanjian damai Israel-Palestin sekarang.

Hamas adalah pertubuhan yang diiktiraf Jabatan Negara Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas dan sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak sepatutnya mengadakan apa-apa hubungan dengan pertubuhan itu.

Sebelum perhimpunan semalam, rakyat Malaysia juga menolak boikot ke atas produk dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel.  Restoran makanan segera seperti Mcdonald, pusat membeli belah seperti Tesco dan komputer jenama Dell, masih dijual dan mendapat sambutan di negara ini.

Malah syarikat TV berbayar tunggal di Malaysia, ASTRO, turut mengadakan hubungan perniagaan dengan syarikat milik Israel, AMDOCS.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga akan membawa dakwaan agensi perisikan Israel, Shin Beth yang sebelum ini menuduh Malaysia melatih pejuang paraglider Hamas di negara ini ke pengetahuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tindakan selanjutnya.

Ini kerana rakyat Malaysia tidak boleh menerima kenyataan bahawa negara dijadikan pusat operasi latihan sel pertubuhan pengganas antarabangsa seperti Hamas.  


Walaupun ada penafian dari kerajaan BN dan Hamas sendiri, tapi cakap saja tidak cukup kerana Shin Beth adalah agensi perisikan dalam negeri yang terkena, di seluruh dunia kerana kehebatannya, setaraf dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.

Akhbar Jurusalem Post yang menyiarkan dakwaan tersebut juga adalah sebuah akhbar yang berkaliber.

Jika perlu sekatan ekonomi dikenakan ke atas negara ini setelah siasatan PBB nanti menunjukkan bukti mengenai perkara tersebut, maka Pakatan Rakyat akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.


1 comment:

Anonymous said...

Penjilat jubor aljub la ko ni