Wednesday, August 20, 2014

Iskandar Samad Jangan Berangan Nak Jadi MB


Sepatutnya, Pakatan Rakyat telah menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor ini hari Ahad sudah dengan PAS menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail tanpa cuba membuat kacau dengan meletakkan nama Azmin Ali.

Jadi pening semua orang dengan keputusan tersebut, dan bertambah pening lagi bila mesyuarat sebelah petangnya pula dengan Pakatan Rakyat, PAS menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dipersembahkan kepada Istana.

Apa sebenarnya yang terjadi?
Risik punya risik, rupanya perkara ini terjadi kerana ada seorang ADUN PAS Selangor iaitu pesuruhjaya negeri parti itu sendiri, Iskandar Samad yang dikatakan menyimpan impian untuk menjadi Menteri Besar jika kemelut ini berpanjangan.

Menurut perkiraan Iskandar Samad, kalau Istana Selangor menolak nama Wan Azizah atas alasan hanya satu nama dikemukakan dan PKR pula enggan menamakan Azmin sebagai penama kedua, PAS akan mencelah dan disitulah peluangnya Iskandar nampak untuk dia menjadi Menteri Besar.

Jalan mudah, tak payah susah-susah.  Lagipun undang-undang tubuh negeri memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk pemilihan Menteri Besar.

Maka tak hairanlah kenapa Iskandar sudah pun menempah baju istiadat sesuai untuk upacara perlantikkannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru!!

Aku nak katakan disini, Pakatan Rakyat rasanya lebih suka kalau DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihanraya negeri diadakan daripada melihat Iskandar menjadi menhadi Menteri Besar.

Keseluruhan episod Menteri Besar Selangor ini sendiri menunjukkan betapa PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai.  Dalam mesyuarat dia sendiri cakap lain, bila bersama dengan Pakatan Rakyat pada sebelah petangnya, dah cakap lain pula.

Jadi macam mana kita nak percaya wakil PAS untuk jadi Menteri Besar?  Sebab itu aku suruh Iskandar bermimpi dulu.

2 comments:

Anonymous said...

cantik je masukk jarumm

mohamad said...

Aku rasa bukan iskandar berangan, tapi blogger ni bodoh, tak faham membaca dan tak tau perkembangan politik tapi cuba nak menulis tentang perkembangan politik.