Amaran kepada semua pengguna media sosial - jangan mengaitkan gambar pesta bogel di Penang yang tersebar sejak kelmarin dengan gambar bogel yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbuatan itu adalah tidak bermaruah dan berniat untuk mencemarkan privasi orang lain sahaja sebab kedua-duanya berlaku dalam persekitaran berbeza.
Yang berlaku di Teluk Bahang itu adalah ditempat terbuka sementara gambar yang dikaitkan dengan Anwar tu, berlaku di tempat tertutup.
Tak sama.
Di dalam tempat tertutup, setiap orang ada privasi sendiri, terpulang kat dia nak buat apa, nak bogel ke, nak pakai baju ke atau nak macam mana sekalipun.
Lagipun berbogel sudah diiktiraf Pertubuhan Hak Asasi Manusia dan undang-undang Komanwel sebagai 'form of expression' oleh setiap manusia berdasarkan kes Gough vs Public Prosecutor di England pada Oktober 2012.
Yang dihadkan ialah hak untuk berbogel di tempat-tempat awam setakat mana tidak mengganggu kepentingan awam.
Malaysia, sebagai salah sebuah negara Komanwel juga turut terikat dengan undang-undang sama. Pautan berkaitan boleh dirujuk disini.
Pakatan Rakyat sendiri selari dengan perundangan tersebut, kita tidak membantah selagi tidak dibuat ditempat terbuka, kalau tempat tertutup tidak mengapa.
Yang ada isu dengan Tuhan dan agama, selesaikan ikut cara masing-masing, bukan semua orang percaya dengan Tuhan dan agama pun. Yang penting kita semua manusia dan ada hak untuk berbogel dalam lingkungan kita sendiri.
1 comment:
Kah33x..jadi betul le aljub berbogel didalam bilik hotel dgn chinadoll.
Post a Comment