Thursday, August 7, 2014

PR Sedia RM 100 Juta Untuk Pilihanraya Selangor


Pakatan Rakyat dilaporkan telah memperuntukkan wang sebanyak RM 100 juta untuk menghadapi snap election di Selangor sekiranya kebuntuan untuk memecat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, masih berterusan.

Menurut sumber, Khalid dijangka menasihatkan Istana Selangor agar DUN dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.  Khalid dijangka tidak memilih option yang satu lagi - mengisytiharkan darurat di Selangor dan DUN digantung kerana diakhirnya pilihanraya negeri tetap perlu diadakan juga.

Tak guna buat dua kali kerja.

Jumlah yang diperuntukkan kali ini adalah lebih besar dari perbelanjaan keseluruhan menghadapi PRU13 yang lepas kerana jangkaan kesulitan yang bakal dihadapi lanjutan dari krisis yang sedang berlanjutan. 

Masing-masing DAP dan PKR sudah menjangka pengurangan jumlah kerusi DUN walaupun masih yakin Pakatan Rakyat akan kekal berkuasa di Selangor dengan majoriti yang lebih rendah.

PAS berkemungkinan akan menerima impak terbesar kerana separuh dari kerusi yang dimenangi parti itu sekarang adalah hasil ehsan dan sokongan dari pengundi DAP berbangsa cina.  Dari 15 kerusi yang dimiliki PAS sekarang, parti itu dijangka hanya mampu mempertahankan 6 kerusi atau kurang.

Malah, beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang diserahkan kepada PAS sebelum ini seperti Taman Templer, Ijok dan Sri Serdang, hampir pasti akan dikembalikan kepada DAP atau PKR kerana tidak guna PAS bertanding disitu kalau akhirnya nanti kalah.

Respon pengundi di kawasan-kawasan yang disebutkan melihatkan keengganan mereka untuk terus menyokong Pakatan Rakyat sekiranya calon dari PAS dihantar bertanding.

Pakatan Rakyat juga menjangkakan pertambahan jumlah pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN dan calon-calon dari Pakatan Rakyat sendiri seperti yang berlaku di Kota Damansara dalam PRU13 yang lepas.

No comments: