Thursday, August 7, 2014

Pertahan Khalid Kekal MB: Keputusan Majlis Syura Ulama Bersifat Peribadi


Merujuk kepada screenshot di atas, PKR hari ini dijangka membuat kenyataan rasmi, tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura Ulama PAS semalam yang mahu Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Dari segi perlembagaannya, Pakatan Rakyat perlu terikat dengan keputusan Majlis Syura PAS walaupun badan itu adalah badan tertinggi dalam PAS - terutama dalam menentukan hala tuju parti tersebut.

Lagipun keputusan itu (walaupun dibuat atas nama Majlis Syura Ulama) adalah keputusan peribadi 3 orang ini sahaja, Nik Aziz, Hadi Awang dan Harun Din yang mempunyai pengaruh besar ke atas ahli-ahli Majlis Syura PAS yang lain.


Keputusan Hadi dan Nik Aziz tidak boleh dipakai kerana mereka secara terang memang dah menyokong Khalid pun sebelum ini, sementara celaka Harun Din ni memang dari dulu nak tengok Pakatan Rakyat musnah sebab tak setuju hudud ditolak.

Justeru, semua ADUN PAS di Selangor seramai 15 orang, tidak diwajibkan untuk mematuhi arahan Majlis Syura Ulama tersebut dan wajar menyokong usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan ke atas Khalid di DUN Selangor pada bila-bila masa dari sekarang.

Kalau ADUN PAS di Selangor engkar dengan ketetapan Pakatan Rakyat ini, maka semua penyelewengan dan salahguna kuasa mereka sejak 2009 akan di dedahkan - tindakan sama yang dikenakan ke atas Khalid Ibrahim sekarang.

Biar rakyat tahu bahawa parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini adalah hina daripada babi pun dengan ramai diantara ADUN mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa tapi didiamkan Khalid Ibrahim demi memastikan Pakatan Rakyat tidak tumbang di Selangor.

Malah, menurut sumber yang layak dipercayai, ada diantara ADUN PAS yang perlu dibayar elaun tertentu setiap bulan untuk memastikan mereka tidak melompat parti dengan menyertai BN sepanjang tempoh 2008 - 2013.  

Pembayaran itu bagaimanapun dihentikan setelah jumlah kerusi PKR dan DAP sahaja sudah cukup untuk membentuk kerajaan Selangor dengan majoriti mudah dalam PRU13.

Semua ini akan terbongkar kalau ADUN PAS enggan menyokong usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan ke atas Khalid kerana mematuhi arahan Majlis Syura Ulama mereka.

No comments: