Thursday, August 7, 2014

Siapa Halang Wan Azizah Angkat Sumpah Esok?


Keenganan Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepadanya pada 5 Ogos lepas, menunjukkan kedegilan si tua gagap ini untuk berkerjasama dengan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya sekarang kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Semakin lama Khalid di kedudukannya sekarang, peluang Datuk Seri Anwar untuk melepaskan diri dari hukuman penjara selama 5 tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini, akan menjadi semakin sukar.

Ini kerana, secara konvensyennya di Malaysia ini, ahli keluarga Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar adalah terkecuali dari sebarang tindakan undang-undang.

Buktinya, ketika Anwar dikenakan pendakwaan kerana tuduhan palsu meliwat Azizan Abu Bakar secara paksa pada 1998, beliau terlebih dahulu telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukan semasa masih memegang jawatang tersebut.

Yang eloknya, kegagalan Khalid menjawab surat tunjuk sebab ini adalah alasan terbesar untuk pemecatan Khalid dilakukan dengan serta merta dan membolehkan Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Tapi blog ini difahamkan, ada pulak pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang upacara angkat sumpah Menteri Besar baru, diadakan di Istana Selangor esok.  

Nak mencari siapakah yang bertanggungjawab ini adalah sama sukar dengan mencari orang yang mengedarkan penyataan akhbar palsu mengenai sokongan wakil rakyat PKR terhadap perlantikan Wan Azizah di Tropicana semalam.

Walaupun kejadian itu berlaku dalam bangunan ibu pejabat PKR sendiri.

Sebab Pakatan Rakyat difahamkan, pelaku yang cuba menghalang upacara angkat sumpah Wan Azizah ini adalah orang yang dihantar oleh Khalid Ibrahim sendiri, menggunakan hubungan baiknya dengan Sultan Selangor.

Dakwaan ini akan disiasat dengan serius dan jika terbukti pejabat Khalid yang menghalang upacara angkat sumpah ini dari diadakan, tindakan jauh lebih keras akan dikenakan ke atas Khalid.  Pecat dari PKR ini kurang, berbanding dengan tindakan jika Khalid terlibat dalam perkara ini.

No comments: