Wednesday, August 6, 2014

Kantoi...pesta bogel di kawasan diwarta Kerajaan Persekutuan

KANTOI!!!! .. KM PULAU PINANG DEDAHKAN PESTA BOGEL DIADAKAN DI CHALET YANG DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN KHAS UNTUK PEGAWAI KERAJAAN SAHAJA.

 
Sebelum ini riuh rendah, kecoh, gempak dan gegak gempita satu dunia kononnya Kerajaan Negeri DAP/PR telah memberikan kelulusan Pesta Bogel diadakan di salah sebuah pantai di negeri tersebut.

Video klip dijaja dan diviralkan ... akhirnya tukang jaja terkantoi sebab 1)  Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah tahu apatah lagi memberikan kebenaran pesta seumpama itu diadakan di negeri bawah pemerintahannya.  2) Tempat dikatakan Pesta Bogel 2014 diadakan ialah di Teluk Kampi Trail . kawasan yang diberitahu oleh KM Pulau Pinang Lim Guan Eng kawasan yang sudah pun diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan yang chaletnya dikhaskan untuk kakitangan awam sahaja .. Persoalan dilontarkan .. Bagaimana dan macam mana orang luar boleh ada akses dan menggunakan chalet tersebut????  3)  Pihak PDRM telah pun memulakan siasatan atas aduan dan permohonan khas dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

No comments: