PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu serta merta.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR hari ini.
"Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi memutuskan bahawa Tan Sri Khalid di pecat daripada PKR.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR hari ini.
"Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi memutuskan bahawa Tan Sri Khalid di pecat daripada PKR.
"Beliau bukan lagi ahli PKR," katanya di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Menurutnya, pemecatan itu dibuat setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Dalam sidang media sama, Kee Kwong menambah, keputusan itu dibuat setelah Abdul Khalid juga dikatakan gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2 serta menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun negeri Selangor.
"Abdul Khalid turut berkeras meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum PRU13 lalu.
"Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden PR mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta," katanya ketika mengulas lanjut isu tersebut.
1 comment:
Majlis Pimpinan Pusat sekiranya berakal akan tidak lena tidur kerana:
1. Khalid akan menuntut keadilan pada Pendaftar Pertubuhan
2. Kalau tak puashati boleh juga ke mahkamah
Mampus korang!
Post a Comment