Wednesday, August 27, 2014

MAS Patut Kekalkan Arak Dalam Pesawat



Pakatan Rakyat akan membantah cadangan untuk mengharamkan arak dalam pesawat MAS seperti mana cadangan beberapa pihak kebelakangan ini.

Cadangan tersebut ada kaitan dengan beberapa kejadian malang yang menimpa MAS kebelakangan ini seperti MH17 dan MH370, dikaitkan dengan penyediaan arak di dalam pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan tersebut.

Bodoh? Memang bodoh sebab ada beratus syarikat penerbangan dalam dunia yang turut menyediakan arak di dalam pesawat, termasuk syarikat penerbangan dari negara-negara Arab, tak terhempas pun.

Sebetulnya, begitulah Malaysia ini kalau semua nak tahu, kaki kanan yang berpenyakit, kaki kiri pula yang kena potong.  Macam dalam kes MH17, apa kaitan arak atas pesawat itu dengan peluru berpandu yang ditembak pihak pemisah pro Rusia?

Tolol.

Adapun kejadian malang yang menimpa MH17 dan MH370 tidak ada kaitan langsung dengan penyediaan arak dalam pesawat. Yang nak minum arak itupun bukanlah penumpang beragama Islam, sebaliknya yang bukan beragama Islam.

Kalau penumpang Islam nak minum pun apa salahnya, itu hak mereka, bayaran telah dicaj dalam tiket kapal terbang.

MAS sebaliknya perlu mengekalkan arak dalam pesawat kerana itu boleh menarik lebih ramai penumpang dari negara-negara Eropah untuk menggunakan perkhidmatan mereka.



Jika boleh, arak perlu disediakan kepada semua penumpang pesawat, bukan sahaja kepada dengan yang bukan beragama Islam. Barulah orang minat nak gunakan perkhidmatan MAS sebab ada tarikan tersendiri yang tidak ada dalam syarikat penerbangan lain.

2 comments:

Anonymous said...

Komen sama je dgn madey....x jual arak mcm mana nak untung........dah brapa tahun MAS dlm kerugian

Anonymous said...

Post yang paling bodoh!