Monday, August 4, 2014

Melayu Paling Banyak Terima/Makan Rasuah!!


Dakwaan bekas Menteri UMNO, Zainudin Maidin semalam bahawa orang Cina paling banyak memberi rasuah, memang diakui betul.  Cina memang banyak beri rasuah kerana tidak ada kesalahan mengenai perkara itu dalam agama mahupun budaya mereka.

Tapi rasuah terjadi bukan hanya kerana ada pemberi semata-mata, mesti ada penerima dan penerima rasuah paling banyak di muka bumi Malaysia ini ialah orang Melayu!!  Berbeza dengan Cina, Melayu dilarang terima rasuah kerana ada sekatan dalam agama dan budaya, tapi mereka masih baham juga.

Dibandingkan di antara dua ini (pemberi dan penerima), penerima rasuah paling layak digelar celaka berbanding dengan pemberi. Dalam erti kata lain, Melayu yang ramai terima rasuah ini adalah lebih hina dari Cina yang beri rasuah.

Pemberi rasuah juga tidak pernah memaksa sesiapa menerima wang atau habuan tersebut, belum pernah aku dengar lagi.  Tapi banyak kes yang kita tahu, penerima rasuah (Melayu) selalu memaksa orang memberi wang/habuan kepada mereka kalau nak apa yang dihajati tercapai.

Zainudin Maidin mungkin tak sedar semua ini kerana sebagai seorang rasis tegar, dia tidak nampak kesalahan yang dilakukan bangsanya sendiri, hanya nampak apa yang bangsa lain salah saja.  

Agak menghairankan juga kerana Zainudin Maidin bukanlah Melayu sejati, dia ni macam Mahathir juga, ada keturunan mamak.  Nama pun Zainudin Maidin, Melayu apa macam itu? Tapi rasisnya mengalahkan Melayu yang betul-betul Melayu pula.

Pakatan Rakyat patut mencemuh kenyataan Zainudin Maidin ini demi pengundi Cina yang telah terbukti banyak berjasa dalam PRU13 yang lepas.  Kita perlu ingat, tanpa sokongan besar pengundi Cina, Pakatan Rakyat tidak mungkin mampu berada di tahap seperti sekarang.

Nak harap pengundi Melayu, berapa keratlah sangat?  Silap-silap, Melayu sudah jadi golongan minoriti sahaja di negara ini kalau diikut dari pecahan pengundi di seluruh negara sekarang.

No comments: