Ini berita yang baru diterima dari sumber sahih di ibu pejabat PKR, Tropicana.
PKR sebentar tadi dikatakan telah membuat keputusan drastik - memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Menurut sumber, surat pemecatan Khalid ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Ismail dan dihantar dengan tangan kepada Khalid di kediamannya.
Dengan pemecatan ini, Khalid hilang kelayakan sebagai Menteri Besar Selangor dan akan diminta untuk mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya sekarang.
Persoalan kenapa pemecatan ini berlaku setelah PKR dan Khalid dikatakan bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud sebelum ini, masih tidak dapat dipastikan. Banyak pihak masih terkejut dengan berita ini dan masih menunggu perkembangan selanjutnya.
Berita lanjut akan menyusul dari masa ke semasa
6 comments:
betul ke palsu ni? setengah jam lg ada penafian pulak
Kerusi Parliman macam mana,,,,,,,,?
Kalau dah dipecat... pkr dah tak boleh arah tski letak jawatan mb atau adun. Apa yang boleh dibuat cuma buat undi tak percaya di dun.
Tiada apa apa perubahan berlaku selepas pemecatan Khalid kerana asas perlembagaan adalah individu, bukan pada parti. Pernah juga berlaku menteri besar tidak berparti di Selangor.
Kesimpulannya kerja bodoh atau mati kutu.
Pernah seseorang komen di Malaysia today tentang apa yang berlaku di Selangor:
Ianya umpama mereka cuba bunuh Khalid berkali kali dan pelbagai cara tapi tak mati2, putus asa langsung mereka bagi pisau kepada Khalid suruh bunuh diri sendiri.
Bangangkan? So jangan sokong atau undi PKR bangang.
apa dah jadik..ini le hakikat kalau bekawan dengan anuar..harap pas boleh tolong tski..hidop tski utk negeri selangor..
Pkr parti khianat rakyat!
Post a Comment