Monday, August 4, 2014

Wan Azizah Boleh Selesai Masalah Denggi Di Selangor


Namapun DR. WAN AZIZAH ISMAIL, sudah tentulah kepakaran dalam bidang perubatan yang dimiliki beliau, mampu mengatasi wabak demam denggi yang semakin merebak di Selangor.  

Sehingga semalam, sudah 30,000 kes demam denggi dicatat di Selangor dengan beratus-ratus kematian.  Parahnya keadaan ini, sehinggakan pegawai perubatan dari negeri lain nak diambil untuk membantu hospital-hospital di negeri ini.

Wabak merebak dan semakin menjadi-jadi kerana kegagalan Menteri Besar sebelum ini mengatasi masalah pungutan sampah di Selangor, terutama setelah pengurusan sisa pepejal negeri itu diambil alih dari Alam Flora Sdn Bhd untuk diuruskan sendiri oleh PBT.

Selain itu, masalah bekalan air yang tidak sempurna juga dikenal pasti menjadi punca kepada penularan wabak ini apabila air bertakung akibat dari kebocoran paip-paip air, menjadi sasaran nyamuk Aedes membiak dan menjangkitkan manusia dengan penyakit denggi.

Dengan latarbelakang dalam bidang perubatan yang dimiliki beliau, Wan Azizah pastinya lebih baik dari Khalid untuk menguruskan wabak denggi yang sedang melanda Selangor sekarang.  Nyamuk pun pandai segan dengan Wan Azizah, jangan kata manusia lagi.

Khalid, disebalik nama besar dalam bidang korporat yang diceburinya sebelum ini, telah terbukti gagal menggunakan kehebatannya itu untuk mengatasi wabak denggi ini dari terus menuntut korban nyawa rakyat Selangor.

Jika tidak kerana nak menjaga kepentingan parti, Khalid boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bertanggungjawab (secara tidak langsung) atas penularan wabak ini sehingga mengorbankan rakyat Selangor.

Bukan saja demam denggi, Wan Azizah juga boleh menyelesaikan semua masalah rakyat yang berbangkit di Selangor peninggalan Khalid Ibrahim nanti.  Maka itulah pengunduran Khalid perlu disegerakan atau lebih banyak bala akan datang.

No comments: