Friday, August 22, 2014

#MH17: Waris Tanjung Kupang Persoal Keadilan Kerajaan

BN ternyata berhabis dalam menyambut ketibaan 20 mayat mangsa MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam dan tiba di KLIA sebentar tadi.

Dari upacara perkabungan negara, penggunaan aset-aset canggih untuk membawa mangsa balik ke kampung halaman dan sebagainya, semua ini dilakukan BN macamlah yang mati itu boleh hidup semula.

Tapi pedulikanlah, itu cara Najib nak cari populariti, yang dipersoalkan sekarang ialah kenapa mangsa pesawat MAS, MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Johor tahun 1977 dulu tidak mendapat layanan yang serupa?

Dalam kejadian tersebut, 100 nyawa penumpang dan anak kapal pesawat terkorban. 

Kalau nak diikutkan, kejadian pada Disember 1977 itu ada persamaan dengan MH17 - kedua-duanya dikaitkan dengan perbuatan pengganas.  Jika MH17 ditembak jatuh pihak pelampau pro Rusia, MH653 pula diletupkan oleh pengganas dari Tentera Merah Jepun (JRA).

Ahli Parlimen Gelang Patah (kawasan dimana Tanjung Kupang terletak), Lim Kit Siang dijangka membawa rungutan waris MH653 ini ke pengetahuan kerajaan dalam persidangan parlimen yang akan datang.


3 comments:

Anonymous said...

Dulu dan sekarang berbeza abang ooi..dulu kita miskin baru nak maju..orang kita pun baru terkial kial nak bangunkan negara..mana ada komunikasi moden ..harta negara pun kurang..agak agaklah kalau nak cemburu pun...dulu kita hidup pelita ayan..anak anak kita petik tepi tengah menyalo..

Anonymous said...

pengganas pro rusia tak tembak mh17. jet pejuang Ukraine yg buat. bacalah berita sebelah sana.

sampai skrg kiev tak siarkan rakaman bualan pengawal udara kiev dgn mh17. tp mrk boleh pula siarkan rakaman perbualan talipon yg dipalsukan.

amerika yg ada satelit diangkasa tidak mengeluarkan foto.

Anonymous said...

Jom kita ambik kereta delorean dmc12, balik ke tahun 1977 betulkan keadaan.