• Ahmad (dua, kanan) berjalan menuju ke tapak projek.Ahmad (dua, kanan) berjalan menuju ke tapak projek.
 1 / 1 
MACHANG - Pemilihan calon daripada Pakatan Rakyat bagi Dun Pengkalan Kubor hanya akan dibincangkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, soal calon akan ditentukan selepas SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan PRK berlangsung.

Menurutnya, mesyuarat Pas Kelantan kelmarin juga, tidak membabitkan soal itu sebaliknya hanya menumpukan kepada perkara asas sahaja.


“Kita hanya bincang persiapan awal PRK seperti strategi dan bilangan pengundi dari segi pertambahan dan sebagainya.

“Soal PKR mahu mengekalkan calonnya di Pengkalan Kubor atau tidak, kita akan bincang selepas ini,” katanya.

Ahmad yang juga Pemangku Dewan Ulama Pas berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Masuk Tapak Projek Lebuh raya Machang-Kuala Krai, semalam.