Kenyataan AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang menghasut Presiden PAS bangkit mempertahankan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, dilihat satu tindakan seakan-akan mencabar keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim (rujuk caption dari akaun FB di atas).
Untuk menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan Nasrudin sekarang, aku nak katakan bahawa pemecatan Anwar oleh Mahathir pada tahun 1998, tidak ada langsung kena mengena dengan pemecatan yang nak dilaksanakan ke atas Khalid hari ini.
Pada 1998, Anwar dipecat kerana dakwaan salah laku seks sedangkan Khalid hari ini nak dipecat untuk digantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isteri kepada Anwar dan ADUN Kajang.
Begitu juga tujuan sebenar dipecat (di atas itu alasan). Anwar dipecat kerana Mahathir nak meletakkan kroninya Abdullah Badawi sebagai Timbalan, sedangkan Khalid nak dipecat hari ini bukan nak meletakkan kroni sesiapa, sebaliknya kerana banyak kesalahan yang dilakukannya sendiri.
Antara kesalahan yang dilakukan Khalid, gagal mentadbir negeri dengan baik, banyak infrastuktur rakyat terabai, masalah air yang semakin menghampiri tahap krisis, janji pilihanraya banyak tak tunai dan sebagainya.
Pendek kata, kerana Khalid, Pakatan Rakyat di seluruh negara dilihat tidak bermaya dan bermaruah, memandangkan Selangor adalah antara negeri yang termaju di Malaysia ini.
Semua ini gagal dilihat Nasrudin yang semborono menyokong cadangan Hadi dan Nik Aziz sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Banyak sumber dalam PAS sendiri mengesahkan bahawa Nasrudin sememangnya seorang yang tolol dan gagal berfikir sendiri. Tak sedar dia menang di Temerloh dulu pun sebab bantuan dari pengundi cina yang pro DAP.
Selain itu, Nasrudin juga dibantu oleh calon BN, Saifudin Abdullah yang ditolak ahli UMNO sendiri kerana pendirian liberal dan konservatifnya.
Tapi sebagai AJK Pas Pusat, kenyataan Nasrudin tidak boleh tidak adalah mewakili PAS juga. Mutakhir ini, aku dah tak tahu siapa sebenarnya yang layak bercakap pasal PAS. Patutnya Ketua Penerangan, Setiausaha Agung dan Presiden, tapi jujurnya aku dah tak tahu mana satu.
Itu yang susah.
No comments:
Post a Comment