Pakatan Rakyat seharusnya tidak rasa malu apabila terdedah khabar bahawa pesta bogel diadakan di Penang oleh sekumpulan Cina yang ingin mempromosikan sukan dalam keadaan berbogel - yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sesungguhnya, perkara seperti itu sudah lama diterima di barat kerana tidak ada apa yang lebih suci dan murni selain menampilkan apa yang telah diberi tuhan kepada kita manusia iaitu tubuh badan kita sendiri.
Hakikatnya, tiada siapa yang dilahirkan berbaju, semua orang lahir telanjang. Suka tak suka inilah yang sebenarnya. Siapa nak berhujah dengan aku dipersilakan.
Lagipun, majoriti yang berbogel seperti dalam video yang disebarkan sejak semalam itu, tidaklah begitu menggiurkan. Majoriti mereka orang tua yang sudah berkedut, wanita pula tidak mempunyai penampilan menarik melainkan seorang dua.
Kalau ikutkan, tidak salah mereka berbogel. Selain acara itu diadakan secara tertutup di Teluk Bahang, Penang juga adalah satu-satunya negeri di Semenanjung ini yang dihuni majoriti orang kafir (bukan Islam). Kalau negeri majoriti Islam tu boleh cakaplah, masalahnya bukan Islam.
Islam saja agama yang banyak sekatan ni, itu tak boleh, ini tak boleh, agama-agama lain mana ada - tak mengapalah sebab itu sudah cara mereka, orang bukan Islam tak terbabit.
Sehinggakan, ada pendapat mengatakan, antara sebab kenapa negara Malaysia tidak maju-maju seperti mana negara jiran Singapura adalah kerana negara ini dihuni majoritinya dan dipimpin oleh orang Islam.
Betul tak betul pendapat itu, aku tak tahulah, tapi kalau banding dengan majoriti negara maju di dunia ini, rasanya semua orang ada boleh buat penilaian masing-masing.
Apa sekalipun, memandangkan laporan polis telah dibuat, kita harus menerima keputusan yang dibuat kerajaan Penang itu, tapi tak sewajarnya kerajaan negeri berasa malu dengan perkembangan sihat berkenaan kerana ia tidaklah begitu salah.
Macam pasangan suami isteri yang dipenjarakan di Sweden kerana mendera anak akibat tidak sembahyanglah. Kesalahan sama kalau berlaku di Malaysia, tidaklah menjadi satu kesalahan, tapi di Sweden salah.
No comments:
Post a Comment