Wednesday, August 6, 2014

Sukan Bogel: YDP MPPP Perlu Dipecat Kerana 'Beri Kebenaran'

Walaupun diakui kerajaan negeri Penang tidak terlibat dalam penganjuran Sukan Bogel di Teluk Bahang seperti yang tersebar dalam video Youtube kelmarin, tapi kerosakan dari pendedahan tersebut kepada imej kerajaan negeri telah pun berlaku.

Ini kerana, Penang adalah antara negeri terkecil di Malaysia dan bagaimana perkara ini boleh terlepas dari pemantauan pihak berkuasa tempatan?  Dah menjadi viral di Youtube baru semua orang kelam kabut nak ambil tahu.

Selain itu, di kalangan orang Islam, Ketua Menteri Lim Guan Eng diiktiraf sebagai pemimpin yang setanding dengan Khalifah tersohor dalam dunia Islam, Saidina Umar Al-Khattab.  Bila berlaku perkara seperti ini, sudah tentulah mencalar imej beliau dengan teruk.

Walaupun dari segi moralnya perkara itu tidaklah sampai menjadi satu kesalahan besar, tapi memandangkan undang-undang sedia ada (diwarisi dari BN) berkaitan perkara tersebut masih wujud, maka wajib bagi kerajaan negeri mematuhinya.

Maka itu dicadangkan agar kerajaan negeri Penang memecat sahaja Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato' Pathahiyah Ismail kerana kegagalannya menghalang sukan bogel tersebut dari diadakan sehingga menjejas imej kerajaan negeri Penang.

Kegagalan ini boleh diibaratkan seperti 'memberi kebenaran' agar aktiviti tersebut berlangsung di Teluk Bahang. 

Pathahiyah wajar untuk dipertanggungjawabkan, bukan Guan Eng kerana Ketua Menteri telah menurunkan kuasanya untuk pemantauan aktiviti di Teluk Bahang kepada Patahiyah selaku YDP MPPP.

Lagipun jawatan YDP MPPP adalah lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

Selepas dari ini kerajaan negeri sepatutnya diberi kuasa penuh untuk menentukan perlantikan YDP bagi PBT dan jawatan-jawatan penting negeri yang lain seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Jika semua itu sudah berada dibawah penguasaan penuh kerajaan negeri, layaklah kerajaan negeri dipersalahkan kalau kejadian seperti ini berulang. 

No comments: