Wednesday, August 6, 2014

Terima Kasih Nando’s Dari Penyokong Pakatan Rakyat


Dari masa ke semasa, blog ini menerima email pembaca mengenai beberapa isu berkaitan yang mahu diketengahkan.  Kali ini disiarkan email pembaca mengenai syarikat makanan segera Nando's yang rupanya menyokong Pakatan Rakyat.

Salam Admin Negara Pakatan Rakyat:

Saya terpanggil untuk menulis tentang sokongan padu yang telah diberikan oleh beberapa syarikat awam terhadap perjuangan kita. Sejak dari tahun 1998, kita mengetahui bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia amat takut untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan kita yang suci ini. Ini berikutan daripada tindakan pihak kerajaan yang sewenang-wenangnya menggangu ketenteraman para penyokong Pakatan Rakyat.
Sungguhpun begitu sokongan demi sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah. Walaupun menghadapi sedikit masalah akhir-akhir ini. Sokongan dan dorongan dari orang awam dan syarikat swasta tidak pernah putus, menaikkan lagi semangat rakyat untuk memperjuangkan hak samarata, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di seluruh negara.

Salah satu syarikat yang paling saya kagumi ialah syarikat makanan segera Nando’s Malaysia. Syarikat ini yang dikepalai oleh Chung Lynn Mac Carpenter (CLMC), seorang arkitek dan anak kepada seorang pemaju hartanah terkemuka Malaysia. CLMC telah merevolusikan industri makanan negara dengan memperkenalkan resipi ayam peri-peri kepada rakyat Malaysia. Beliau telah mengubah landskap makanan berlaukkan ayam, di mana ayam yang dimasak oleh restoran beliau adalah lebih berkhasiat dari mana-mana makanan segera yang lain.

Sungguhpun begitu, apa yang lebih baik adalah CLMC dan syarikat Nando’s telah menunjukkan kekuatan beliau yang berani untuk melawan kekejaman kerajaan Barisan Nasional. Syarikat ini telah beberapa kali didapati menyindir beberapa tokoh Barisan Nasional dengan cara terbuka tanpa berselindung.

Semasa isu kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa SOUP KITCHEN di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dan digantikan dengan anjung singgah, Nando’s tidak berdiam diri. Mereka bertindak mengeluarkan poster atas dasar solidariti bersama rakyat Malaysia yang menentang Kuala Lumpur dari dibersihkan dari sebarang bentuk gelandangan.

Ya memang benar, ada diantara macai Barisan Nasional yang mengatakan harga Nando’s mahal dan tidak mungkin orang gelandangan pernah menikmatinya. Namun ianya bukanlah satu kesalahan untuk menyokong perjuangan rakyat. Kita sebagai para penyokong Pakatan Rakyat pula perlu bangkit dan berbakti kepada Nando’s. Kita sama-sama mengimarahkan kedai Nando’s. Walaupun mahal tapi kita tahu bahawa setiap sen yang kita belanjakan di Nando’s bakal digunakan untuk sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun Nando’s nampaknya lebih berpihak kepada DAP, kita seharusnya bangkit dan berjihad bersama-sama dengan mereka. Oleh itu saya ingin mencadangkan sekiranya anda penyokong Pakatan Rakyat adalah wajar anda makan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bersama keluarga di Nando’s.

Saya juga difahamkan bahawa Nando’s akan menaja satu majlis dimana para pemimpin muda Melayu DAP akan diraikan oleh syarikat pemilikan tunggal tersebut. Oleh itu marilah beramai-ramai kita makan percuma di Nando’s pada 16 Ogos 2014 ini bermula pada pukul 7:30 malam. Ajak kawan-kawan makan percuma akan diberikan kepada seluruh tetamu yang hadir. Bawa sekali rakan-rakan anda yang tidak menyokong Pakatan Rakyat, nescaya apabila mereka datang dan beramah mesra dengan anak-anak muda DAP ini nescaya mereka akan memahami erti perjuangan hak saksama rakyat Malaysia.


Ikhlas Dari, 
Haji Mohd Hussein Bin Mohd Dam

Seksyen 6, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

No comments: