• Dari kiri: AJK Perhubungan Pas Pahang Abdul Majid Hassan, Hassan Harun, Jusoh, Musanif; Yang Dipertua Pas
Jerantut, Yuhanis Ahmad dan AJK Perhubungan Pas Pahang, Abdul Rahman Malik pada sidang media semalam.Dari kiri: AJK Perhubungan Pas Pahang Abdul Majid Hassan, Hassan Harun, Jusoh, Musanif; Yang Dipertua Pas Jerantut, Yuhanis Ahmad dan AJK Perhubungan Pas Pahang, Abdul Rahman Malik pada sidang media semalam.
 1 / 1 
TEMERLOH – Pas Pahang berdiri teguh dan menyokong kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu usaha pertukaran Menteri Besar Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang Jusoh Darus berkata, sebagai sebuah bahtera sepatutnya menuruti arahan dan kehendak nakhoda supaya perjalanan parti sampai ke destinasi sebagaimana amanat Mursyidul Am.

Menurutnya, keputusan menyokong kenyataan presiden itu dibuat selepas pihaknya menghubungi semua 14 Pas Kawasan Pahang dan secara sebulat suara menyokong kenyataan presiden berhubung isu Menteri Besar Selangor.


“Kita tidak mempunyai hitam putih dari semua Yang Dipertua di 14 kawasan ini tetapi telah berhubung melalui panggilan telefon,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir Bendahari Pas Pahang Musanif Abdul Rahman, Pengarah Pilihan Raya Pas Pahang Hasnan Harun.
Jusoh berkata, Pas Pahang juga mahu Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang akan bersidang pada 10 Ogos ini mengambil pendirian padu berdiri teguh bersama presiden.

“Kami percaya presiden dan jawatankuasa terbabit akan memastikan keputusan diambil nanti bukan sahaja untuk menyelesaikan isu berbangkit malah untuk mengukuhkan PR.

“Pas Pahang menggesa supaya pemimpin dan ahli Pas dan PR di semua peringkat bersabar dan memberi peluang kepimpinan Pas membuat keputusan yang terbaik,” katanya.