Thursday, August 14, 2014

PAS + UMNO + Khalid Ibrahim = PUKI


Kenyataan aktivis Pakatan Rakyat, Hishamuddin Rais yang menyifatkan kerjasama pelik yang membentuk kerajaan Selangor hari ini sebagai PUKI (Pas+UMNO+Khalid Ibrahim), adalah satu kenyataan yang bersandarkan fakta dan hujah.

Bukan lucah.  Ia tidak sepatut dibaca lucah dari awal pun, tapi kalau dah otak tu memang kuning karat, tulis nama baik-baik pun nampak mencarut juga.

Hanya sebab sebelum ini Hishamuddin mengkritik Setpol Khalid Ibrahim, Faekah Husin sebagai anak dara tua kurang seks, tidak bermaksud sama sekali beliau adalah seorang yang mendiskriminasi wanita apabila menggunakan akronim yang agak kontroversi ini (di kalangan orang Melayu, PUKI juga dikaitkan dengan alat sulit wanita).

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah mengesahkan bahawa Tuhan pun mencarut, dengan memetik satu ayat dalam Al-Quran.  Inikan pula Hishamuddin Rais - hanya seorang manusia biasa.

Sememangnya, tindakan PAS mengekalkan kerjasama dengan Khalid Ibrahim, seterusnya melanggar arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu, adalah satu tindakan yang biadap dan layak dicemuh dengan perkataan yang kurang elok.

Alasan bahawa PAS kekal dalam Exco Selangor sementara menunggu mesyuarat pada 17hb Ogos ini adalah satu alasan yang tidak munasabah kerana yang sepatut dibuat ialah PAS menggantung sebarang kaitan dengan Khalid sehingga mesyuarat berkenaan selesai.

Hari ini yang bagi keuntungan banyak kepada PAS ialah Pakatan Rakyat, bukan Tuhan pun.  PAS patut sedar tentang perkara tersebut dan mendahulu Pakatan Rakyat dalam semua hal.  Ini tidak, PAS membuat keputusan sendiri dan akhirnya mengengkari kepercayaan rakyat Selangor.

Tapi itupun tidak begitu beri masalah lagi.  Yang lebih utama sekarang, Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng nampak bodoh di mata rakyat kerana arahan mereka tidak dipedulikan PAS.


No comments: