Thursday, August 14, 2014

TERBARU!! Wan Azizah Kemuka 30 Nama, 3 Daripadanya PAS?


UPDATE:  Maklumat diterima memang hampir tepat, bukan 3, tapi 2 ADUN PAS hadir memberikan sokongan kepada Wan Azizah.
==========================================================================

Menurut maklumat terbaru, bakal Menteri Besar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam sidang media di Empire Hotel Subang sebentar tadi, akan mengemukakan 30 nama ADUN Selangor yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

Termasuk di antara 30 nama ini khabarnya adalah 3 orang ADUN daripada PAS.  Ini bermaksud, bukan semua ADUN PAS di Selangor yang bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk menyokong Khalid Ibrahim kekal Menteri Besar.

Majlis Syura hari ini, disebalik status sebagai badan tertinggi PAS, hanya dibarisi oleh orang-orang tua yang jumud dan tidak ada pengaruh kuat dalam politik, maka itulah 3 ADUN PAS ini berani buat keputusan berlawanan dengan mereka.


Cuma, Pakatan Rakyat tidak boleh lagi mengambil alih kerajaan Selangor dari Khalid kerana Sultan Selangor masih berada di luar negara dan akan hanya pulang seminggu dua lagi.

Sidang akhbar yang diadakan ini adalah untuk menyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih berkuasa di Selangor walaupun Khalid kekal buat sementara sebagai Menteri Besar.

Khalid sendiri pun dah tak tahu apa nak dibuat nampaknya.  Sebab itulah dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri sebentar tadi, semua Exco yang katanya telah dipecat, dipanggil menghadiri mesyuarat.

No comments: