Ramai orang pelik, bagaimana Selangor boleh mengelakkan catuan air walaupun banyak empangan di negeri tersebut sudah mula kering atau susut ke tahap paling maksimum sekarang ini.
Sebetulnya, keputusan kerajaan negeri untuk menggunakan air lombong dan air kumbahan sebagai sumber baru air yang diputuskan beberapa bulan lalu, sudah mula menunjukkan kejayaan.
Maka tidak hairanlah walaupun paras empangan dah menyusut (separuh daripadanya sudah hampir kering), Selangor masih tidak mengenakan sebarang catuan air sehingga menimbulkan pertanyaaan di kalangan rakyat Selangor sendiri.
Kebijakan kerajaan negeri menggunakan air kumbahan dan air lombong inilah yang sebenarnya memastikan rakyat Selangor masih 'berair' sehingga sekarang.
Walaupun rasanya mungkin agak berlainan dengan air terawat dari empangan (air kumbahan yang dijadikan air minuman mempunyai rasa 'payau' sedikit), itu semua tidak menjadi hal kepada rakyat Selangor kerana yang penting airnya ada bila pili dibuka.
Bab ini aku terpaksa sokong Khalid Ibrahim, mungkin tak salah kalau aku katakan bahawa ini adalah jasa terakhir Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sebelum Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengambil alih jawatan pada bila-bila masa dari sekarang.
Ternyata Khalid bijak membuat keputusan untuk bab yang ini sahaja.
Aku difahamkan selepas ini Selangor tidak akan mengalami sebarang masalah air kerana sumber bekalan baru ini cukup banyak di Selangor dan tidak akan habis. Selagi rakyat Selangor membuang air, selama itulah bekalan air minuman mereka akan terjamin.
No comments:
Post a Comment