Wednesday, August 20, 2014

PRK Pengkalan Kubor, PAS Jangan Ganggu


PAS Kelantan dikatakan sudah beria-ia mahu kerusi DUN Pengkalan Kubor yang kosong berikutan kematian ADUNnya akibat kanser hati pagi tadi, diserahkan kembali ke parti tersebut atas alasan PKR gagal merampasnya dari tangan UMNO lebih dari 3 penggal.

Untuk makluman, 3 DUN berhampiran seperti Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru dalam Parlimen Tumpat (dimana DUN Pengkalan Kubor terletak) adalah dimiliki oleh parti PAS.  Parlimen Tumpat itu sendiri pun dimenangi oleh Datuk Kamarudin Jaafar dari PAS.

Jadi adalah cadangan supaya PAS ambil alih kawasan itu untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat, apatah lagi PKR masih dihambat dengan krisis kepimpinan lanjutan dari pemecatan Khalid Ibrahim dan polemik Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai.


Aku kata begini sajalah, PAS jangan bermimpi mahu bertanding di Pengkalan Kubor kerana kawasan itu memang secara tradisinya milik PKR sejak dulu.  Memang PKR tak pernah menang disitu, tapi itu tak bermaksud, PKR juga akan kalah selama-lamanya di kawasan tersebut.

Jangan jadikan alasan polemik penggantian Menteri Besar Selangor sekarang sebagai alasan kenapa PKR tidak boleh bertanding sebab alasan itu tidak kukuh.  Benda yang berlaku di Selangor, tak mungkin beri kesan di Kelantan, apatah lagi Tumpat yang letaknya sebelah dengan Thailand.

PAS harus hormat dan mengekalkan status quo dengan membenarkan PKR bertanding di kawasan tersebut.

Lagipun PAS nak menang macam mana?  Pengkalan Kubor antara lain ialah kawasan dimana terletaknya patung Buddha baring yang terbesar di Asia!!  Dengan imej ala-ala Islamik, macam mana PAS nak bertarung dengan UMNO disini?

Tentu tak boleh menang punya.

1 comment:

Anonymous said...

PKR tak boleh menang punya.....bagi saja kat Pas...Pas pernah menang disitu.....lagipun kerusi tu bukan turun temurun PKR yg punya....pinjaman sahaja..