Friday, August 1, 2014

Senarai Dosa-Dosa Khalid Kepada Rakyat Selangor


Dua pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang mempersoalkan dimana salahnya Menteri Besar Selangor sekarang, Khalid Ibrahim sehingga nak disingkirkan dari jawatan tersebut untuk digantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Untuk itu, diperturunkan dibawah ini beberapa dosa besar Khalid terhadap rakyat Selangor kalau 2 orang ini berminat nak membaca.

  1. Khalid mengkhianati rakyat Selangor apabila menandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan berhubung pembinaan Langat 2.  Walaupun Lim Guan Eng turut menyerahkan pengurusan air Penang kepada kerajaan persekutuan pada tahun 2011, tapi itu isu lain.
  2. Khalid bersetuju untuk pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) bertol, yang mana berlawanan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk PRU13.  Walaupun Penang turut bercadang mengenakan tol untuk pengguna terowong bawah laut menghubungkan pulau dengan tanah besar yang akan siap tahun depan, tapi kes itu juga lain.
  3. Khalid gagal memaksa JAIS dan MAIS memulangkan Bible bahasa Melayu yang dirampas sehingga menimbulkan kemarahan semua penganut agama Kristian di Malaysia.  Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang supaya Bible itu dipulangkan tapi Khalid tidak seharusnya menjadikan itu sebagai alasan.
  4. Krisis air di Selangor dijangka berlaku dalam masa terdekat berikutan paras air Sungai Selangor yang semakin merosot.  Khalid perlu dipertanggungjawabkan bila ini berlaku kerana dia adalah Menteri Besar.
  5. Khalid masih gagal menyelesaikan penyelewengan pasir yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 2 syarikat milik kerajaan negeri.
  6. Dalam isu pertelagahan antara Ahli Parlimen Shah Alam dengan pihak Istana, Khalid lepas tangan dan lebih sibuk ke Istana untuk membincangkan cara bagaimana jawatannya nak dikekalkan.

No comments: