Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor diangkat oleh Allah tatkala berada di puncak persembahannya.
Dihantar pula TGHH untuk memimpin dan menyambut kemenangan 2008/13 selain bangkit daripada 2004.
Jikalah Ustaz Fadhil Mohd Nor memimpin hari ini, pada fitnah hari ini, pasti sinar bintangnya akan kelam dan turun dari kemuncaknya. Itu bukan baik untuknya dan jamaah.
Jikalah TGHH tiada hari ini, pasti fitnah akan lebih melata dalam PAS ketika sedang berbahtera bersama PR.
TGHH satu ketika dianggap lemah kerana tiada berani berkeputusan dan pada ketika yang lain dianggap pula keras sampai istilah 'veto' digunakan.
Begitulah tarik tali ulama yang memimpin di hadapan fitnah yang sedia memakan dan memanah.
Benarlah, takdir itu manis untuk diimani.
Dihantar ulama untuk memimpin zamannya. Bukan untuk ditunggu kehadirannya sebelum masanya atau dibangkitkan kembali dari kuburnya selepas berlalu masanya.
Sesiapa yang mengimpikan kehadiran ulama yang telah pergi pada kemuncaknya, sungguhlah, dia tidak menikmati kemanisan takdir-Nya.
Dia akan dijentik takdir.
Maka bersyukurlah dengan ulama yang sedang memimpin perjuangan ini.
Agama dan perjuangan ini dipimpin oleh hati yang sejahtera dengan taqwa, bukan oleh lidah yang manis dengan degar kata-kata.-HARAKAHDAILY 11/8/2014
No comments:
Post a Comment