Wednesday, August 27, 2014

Tema Hari Kemerdekaan Satu Pengiktirafan Kepada Golongan Gay?

Kerajaan BN memilih 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' yang diekstrak dari lirik sebuah lagu patriotik bertajuk Warisan yang popular sekitar akhir 80-an, sebagai tema hari Kemerdekaan negara yang ke 57 tahun ini.

Aku dan Pakatan Rakyat tidak ada masalah dengan tema itu.  Ada atau tidak, tak memberi apa-apa kesan pun kepada rakyat.  Tema hari kemerdekaan bukanlah satu yang penting kepada kehidupan kita sehari-harian, lainlah kalau ada yang papa atau kaya kerananya.

Tapi yang BN mungkin terlepas pandang, pemilihan tema ini adalah juga boleh diumpamakan sebagai satu pengiktirafan kepada golongan gay kerana penyanyi asal lagu tersebut pernah dikaitkan dengan gaya kehidupan itu dan kematiannya secara misteri kemudiannya pun kerana penyakit yang sering dikaitkan dengan hubungan sejenis - AIDS.

Walaupun aku difahamkan ada penafian dari keluarga dan sebagainya, tapi satu fakta yang pasti ialah jika penyanyi berkenaan tidak ada masalah yang serius, kenapa ketika dia jatuh sakit sehingga meninggal dunia, dia disembunyikan di satu lokasi rahsia dan jauh dari masyarakat umum?

Malah dikatakan, setelah penyanyi itu meninggal dunia, segala barangan peribadi miliknya seperti baju, tilam dan sebagainya dibakar bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Difahamkan pada ketika itu, penyanyi berkenaan bukan sahaja terkenal dengan nyanyiannya, malah mempunyai jenama minuman berkarbonat sendiri yang diambil dari singkatan namanya.

Sepatutnya dengan status seperti itu, jangan kata meninggal dunia atau sakit, dia batuk sekejap pun, boleh jadi bahan pelaris akhbar dan majalah hiburan pada zaman tersebut.

Ini tidak, tahu-tahu dah mati, tahu-tahu dah kebumi.  Siapa pun akan berasa curiga dan membuat pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, itu bukan isunya, isunya sekarang ialah, jika perkara ini benar, maka seharusnyalah kerajaan menterjermahkan pengiktirafan tersebut dalam keadaan yang lebih sempurna, antaranya dengan menghapuskan semua undang-undang yang menindas golongan LGBT ini.

2 comments:

Anonymous said...

Dahsyatnya... Ni AIDS jenis baru ni. Boleh berjangkit melalui tilam!!! Mak aiii... Ngeri. Kalah ebola

#sarcasmintended
#bodohpiangpenulisni

Nak pitnah pun agak-agak la bro. Nampak beno gelojoh menulis.

Anti PR said...

Kesian juga manusia yg dah taksub. Segala yg berlaku dimanipulasikan utk pakatan haram. Manusia tak sedar diri & mudah2an bolehlah mati cepat.