Wednesday, August 27, 2014

Phee Boon Yau Perlu Selamatkan Anggota PPS Dari Ditangkap Polis


Jaminan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Penang kerana pasukan itu tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, perlulah diambil serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Penang.

Terutama sekali ketuanya yang juga ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Yau.

Ini penting kerana PPS mempunyai lebih 10,000 ahli yang berkhidmat sepenuh masa di seluruh Penang.  Apakah nasib semua mereka ini kalau menjadi buruan polis akibat kesalahan kerajaan negeri tidak mendaftarkan pasukan tersebut?

Selain itu, bagaimana dengan elaun dan segala macam kemudahan yang dinikmati ahli PPS dari kerajaan negeri setelah perkara ini terbongkar?  Aku difahamkan, sebahagian besar ahli pasukan ini berkhidmat sepenuh masa dengan pasukan tersebut dan tidak mempunyai pekerjaan lain.

Jangan sampai, ahli PPS yang tertekan kerana menjadi buruan polis, mengambil jaket ungu yang menjadi kebanggan pasukan PPS dan membakarnya kerana takut dijadikan bukti untuk menyabitkan mereka dengan kesalahan menjadi ahli pertubuhan haram.


Sebab itu setidak-tidaknya Boon Yau perlu mengeluarkan kenyataan media serta mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua ahli PPS bagi menenangkan mereka dari sebarang kebimbangan akan ditangkap selepas kenyataan media Ketua Polis Negara semalam.

Boon Yau tidak boleh lepas tangan dengan mendiamkan diri setelah kenyataan Ketua Polis Negara itu.  Sebagai seorang yang banyak memperolehi faedah dari penubuhan PPS ini, Boon Yau perlu ada rasa sedikit tanggungjawab kepada ahli-ahli biasa dan pegawai PPS.

No comments: