Thursday, August 28, 2014

Wan Azizah Elok Saman Mahathir Jika Dedah Surat Peribadi


Pengakuan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohammad bahawa bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pernah menulis surat mengenai apa yang di dakwa ‘sikap buruk’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997, bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Aku sendiri pernah mendengar perkara ini dahulu, Cuma tidak begitu mahu mengambil kisah. Orang nak tulis surat kepada orang yang lain, apa yang nak dikecohkan dengan perkara tersebut?

Mungkin kalau ada yang nak dijadikan isu ialah isi kandungan tersebut yang mungkin kemudiannya boleh dijadikan isu politik untuk menghalang Wan Azizah dari menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Dikatakan, surat setebal 18 mukasurat itu mengandungi pendedahan Wan Azizah mengenai sikap Anwar yang kurang diketahui orang awam. Surat itu juga antara faktor utama yang dijadikan asas oleh Mahathir untuk memecat Anwar pada 1998 dulu.

Apa sekalipun, sebagai seorang yang terhormat, Mahathir tidak sepatutnya mendedahkan isi kandungan surat tersebut kepada umum kerana ia bersifat peribadi dan atas kepercayaan Wan Azizah yang Mahathir tidak akan menjadikan isi kandungan surat tersebut sebagai isu politik.

Imej Mahathir baru saja nak naik di mata rakyat setelah membuat teguran terbuka terhadap kepimpinan Najib Tun Razak yang dikatakan lebih teruk dan buruk dari Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

Nanti tak pasal-pasal kerana surat lama ini, rakyat kembali menyampah dengan Mahathir yang tidak amanah dan sanggup mendedahkan surat yang sepatutnya menjadi rahsia antara dia dan Wan Azizah.

Tapi kalau didedahkan juga, aku suka mencadangkan agar Wan Azizah mengambil tindakan undang-undang ke atas Mahathir atas sikap tak bertanggungjawabnya itu. Dalam masa yang sama, Wan Azizah juga perlu tampil menafikan isi kandungan surat tersebut ada mengandungi apa yang tidak baik mengenai Anwar.

Ini penting supaya rakyat tidak hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat, terutama di tengah-tengah kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai.

No comments: