Selain mencatat sejarah sebagai wanita pertama pernah dilantik sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Azizah juga mencatat sejarah sebagai anak kelahiran Singapura yang pertama menjawat jawatan tertinggi di peringkat negeri.
Menurut sumber, Wan Azizah dilahirkan pada 3 December 1952 di Hospital Kandang Kerbau Singapura.
Johor yang bersempadan dengan Singapura itupun tidak pernah melantik anak kelahiran republik itu sebagai Menteri Besar, tetapi Selangor ada.
Maka itu tidak hairanlah kenapa perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dengan negara seberang tambak itu. Pelaburan Singapura di Selangor dijangka meningkat berkali ganda berbanding sekarang dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim.
Pakatan Rakyat menjangka Selangor akan menerima tambahan RM 4 billion dalam bentuk pelaburan asing masuk, dengan sebahagian besar daripadanya adalah hasil sumbangan latar belakang Wan Azizah sebagai anak kelahiran Singapura.
Kebetulan, pelabur dari Singapura sedang menghadapi masalah untuk meluaskan pelaburan mereka di Johor akibat pelbagai sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Khaled Nordin ke atas warga republik tersebut yang ingin menambah pelaburan di Iskandar Malaysia.
Perlantikan Wan Azizah dijangka menyelesaikan masalah itu kerana Wan Azizah telah berjanji tidak akan menyekat sebarang bentuk pelaburan asing ke Selangor kerana negeri itu memang memerlukan pelaburan yang banyak untuk menampung sumbe kewangan kerajaan negeri yang tenat dibawah pentadbiran Khalid.
No comments:
Post a Comment