Tuesday, August 5, 2014

SEGERA!! Pemilihan PKR 2014 Akan Diadakan Semula?


Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sebentar tadi dikatakan telah membuat keputusan untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR 2014 akibat beberapa dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang proses berlangsung.

Keputusan ini bermaksud, satu proses pemilihan semula akan diadakan dalam jangka masa terdekat dan Kongress Tahunan PKR yang dijangka berlangsung pada September ini untuk mengesahkan kemenangan calon-calon yang bertanding di peringkat pusat, turut dibatalkan sehingga pemilihan semula selesai.


Satu sidang media berhubung dengan perkara tersebut akan diadakan dalam jangka masa terdekat oleh Pengerusi Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul.

Blog ini difahamkan bahawa, Majlis Pimpinan Tertinggi parti berpendapat, sekiranya proses mengisytiharkan kemenangan calon diteruskan, parti bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh calon yang kalah - dengan menjadikan segala penyelewengan yang berlaku sebagai alasan.

Jika ini berlaku, PKR berhadapan dengan kemungkinan diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan seperti mana yang pernah berlaku ke atas UMNO pada satu masa dahulu.

Berita selanjutnya akan menyusul apabila mendapat perkembangan terbaru,

No comments: