Tuesday, August 5, 2014

Solat hajat pertahankan kerajaan Selangor

solat hajar perdana
PETALING JAYA: Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dilihat semakin panas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menolak arahan Ketua UmumPKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan.

Keadaan ‘tegang’ di Selangor ketika ini mengaspirasikan program solat hajat perdana seperti yang diuar-uarkan melalui laman Facebook PAS Selangor.

Program tersebut akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Khamis ini (7 Ogos 2014).
Menurut butiran di dalam poster yang diedarkan, ia menyatakan solat hajat perdana tersebut akan membawa tema ‘Mempertahankan Kerajaan Selangor’.
Program ini dijangka akan mendapat sokongan rakyat yang menginginkan Khalid supaya terus dikekalkan sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggalnya.
Solat hajat perdana itu dianjurkan bersama Pemuda PAS Selangor dan beberapa nama besar termasuklah Iskandar Samad dijangka akan hadir.

No comments: