Sunday, September 14, 2014

Anak Kelantan: Jawapan kepada tohmahan blog Umno


Wan Rosdi (kiri) bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi di Surau Lama Mukim Tebing.
TUMPAT: Tohmahan blog-blog Umno yang cuba menggambarkan Wan Rosdi Wan Ibrahim berasal dari Kedah dinafikan ahli keluarganya, Wan Kamarudin Wan Kob.

Beliau yang juga sepupu kepada calon PAS itu turut menampilkan bukti nombor kad pengenalan milik ayah dan ibu Wan Rosdi.

Bapanya, Wan Ibrahim Wan Mamat nombor kad pengenalan 290525-03-5037 dan ibunya, Wan Esah Wan Deris (350713-03-5300). Kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.


Wan Kamarudin berkata, calon PAS adalah anak jati Kelantan biar pun beliau dilahirkan di negeri Kedah.

“Ayahnya berhijrah ke Baling, Kedah pada tahun 1950-an untuk mencari rezeki sebagai petani. Pada masa itu ramai anak Kelantan berhijrah ke sana.

“Wan Rosdi dibawa balik ke Kelantan dan dipelihara datuknya pada tahun 1960-an. Kami sama-sama tinggal dengan datuk di Tanah Merah,” katanya di sini.

Blog-blog Umno sebelum ini mendakwa Wan Rosdi bukan anak tempatan kerana dilahirkan di Kedah.

Wan Rosdi pula menjelaskan keluarganya berhijrah ke Kedah bersama ramai lagi rakyat Kelantan pada 1950-an untuk bekerja di sawah padi.

“Pada peringkat awal mereka bekerja di sawah milik penduduk tempatan di Kampung Lanai, Baling. Namun akhirnya ayah saya mengumpul duit dan membeli tanah milik penduduk.

“Saya dan empat lagi adik dilahirkan di sana. Bagaimanapun ketika berusia enam tahun ayah menghantar saya pulang ke Tanah Merah dan tinggal bersama datuk,” katanya.

Menurutnya tidak lama kemudian semua keluarga pulang semula ke Kelantan dan menjual tanah yang pernah dimiliki di Baling.

Oleh itu beliau berkata, tidak berbangkit keluarganya bukan anak Kelantan sebagaimana didakwa sesetengah pihak. -HARAKAHDAILY 14/9/2014

No comments: