Sunday, September 14, 2014

Pengkalan Kubor: Kenapa PAS Bangkit Soal Royalti Bila Mahkamah Dah Tolak Saman?


PAS nampaknya guna langkah sumbang apabila mengangkat isu royalti minyak Kelantan dalam kempen pilihanraya kecil Pengkalan Kubor sedangkan Mahkamah Persekutuan telah pun menolak saman itu pada Julai yang sudah.

UMNO nampaknya cukup gembira bila PAS bangkit isu ini kerana dakwaan PAS bahawa parti itu yang menghalang royalti sebanyak RM 12 billion kepada negeri itu ternyata tidak benar kerana yang tolak ialah Mahkamah, bukan mereka.

Senang-senang UMNO boleh nafikan tuduhan tersebut dengan menunjukkan keputusan Mahkamah dan bergelak ketawa selepas itu, yang terus nampak bodoh ialah PAS.  Silap-silap, tindakan menghina Mahkamah pun boleh diambil  kepada siapa yang membangkitkan perkara tersebut.


Dahlah calon pun 'bodoh' - kelulusan sijil IKM sahaja, PAS pun ikut bodoh sekali.

Persoalan yang patut kita tanyakan sekarang bagaimana PAS merangka strategi?  Adalah sebab kenapa PAS sebagai sebuah parti individu begitu lemah prestasinya - kerana mereka tidak bijak mencatur strategi berbanding PKR dan DAP.

Yang buat PAS nampak berjaya ialah bila mereka bergabung dalam Pakatan Rakyat tapi bila persepakatan ini pun cuba dikhianati seperti dalam isu Menteri Besar Selangor, PAS ditinggalkan bersendirian untuk mengendalikan PKR Pengkalan Kubor dan ternyata mereka kurang dari segi perancangan dan strategi.

Itulah sebabnya isu royalti yang sudah ditolak Mahkamah pun diangkat menjadi isu utama dalam PRK Pengkalan Kubor.

Patutnya PAS utamakan soal penyelenggaraan rumah berhala di kawasan tersebut yang terabai sejak beberapa lama untuk mengambil hati pengundi siam, bukan mengungkit kembali kes yang sudah dibuang Mahkamah.


Inilah masalah bila cuba-cuba tunjuk pandai.  Nasib baik PKR dan DAP tidak terlibat.

1 comment:

Anonymous said...

PAS ni ... tak sedor diri tu bodo ... tapi nak tunjuk sombong . PAS tiada kehebatan nya lagi . Berpolitik tidak menggunakan akal . Cakap hal agama bolehlah ... tapi cakap lain buat lain ... ha ha ha ... harap-harap BN menang !