Monday, September 15, 2014

PasMa Memang Nak Jatuhkan Hadi, So What?

Nasrudin Hasan Tantawi adalah nama yang sering menjadi bahan ketawa semasa dia mengetuai Pemuda PAS, orang putih kata laughing stock.  Puncanya ada banyak, salah satu bila Nasrudin nak berjalan kaki dari bawah naik ke Genting sebab nak bantah aktiviti perjudian disitu- tak jalan pun, cakap saja besar.

Itu salah satu, sebetulnya ada banyak lagi.

Hari ini, Nasrudin tak lagi menjadi Ketua Pemuda PAS sebab umur dah lebih selain dia pun dah bergelar ahli parlimen sekarang.  Tapi itu tidak bermaksud sama sekali Nasrudin sudah menjadi bijak, bodohnya macam itu juga.


Sebab itu dalam tumpuan Pakatan Rakyat terarah kepada pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor sekarang, Nasrudin membuka rahsia yang selama ini cuba diselindungkan - wujudnya PasMA adalah semata-mata untuk menjatuhkan Presiden PAS, Hadi Awang.

Bukan nak menafikan fakta mengenai PasMa yang di dedahkan Nasrudin semalam, memang betullah semua itu, tapi masalahnya sekarang ialah timing, kenapa perkara itu didedahkan sekarang, apa tak boleh tunggu PRK Pengkalan Kubor ini habis dulu ke? 

Masalah yang PAS buat di Selangor pun tak selesai lagi, sekarang timbul masalah baru.

Agaknya PAS lupa. Yang bertanding dalam PRK kali ini adalah calon dia, bukan calon dari PKR.  Tidakkah Nasrudin terfikir pendedahannya itu semalam boleh menyebabkan rakyat tidak memilih calon PAS, sebaliknya calon BN?

Tindakan ini serupalah menembak kaki sendiri, malah kalau tak keterlaluan, boleh juga dikatakan sebagai sabotaj Nasrudin kepada Pakatan Rakyat dan PAS agar diakhirnya PAS akan kalah dan dia boleh menjadikan alasan kekalahan itu untuk menghapuskan pemimpin PasMA dalam PAS sebelum PasMA ambi alih kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat.


No comments: