Tuesday, September 9, 2014

Bravo Teo Nie Chin Berani "Tembak Sedas" Harun Din

Pertama kali suka nak dijelaskan disini bahawa 'tembak sedas' pada tajuk di atas merujuk kepada kenyataan media Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Chin semalam yang menyelar Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din kerana mempertikaikan pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru - hanya kerana beliau adalah seorang wanita.

Bukan apa yang lain dari itu, ini perlu jelas.  Sebab itulah diletakkan quote unquote pada perkataan tersebut.

Sememangnya tindakan Nie Chin itu perlu dipuji kerana Haron Din ibarat berhala hidup dalam PAS - tak boleh ditegur dan tak boleh disangkal pendapatnya, lebih kurang macam Nik Aziz juga,


Bukan dalam PAS sahaja, dalam Pakatan Rakyat pun begitu juga, begitu kurang atau tidak ada sama sekali mana-mana pemimpin Melayu PKR yang mahu menyelar Haron Din walaupun dia banyak membawa bala kepada persepakatan kita.

Contoh?  Dah banyak, malas aku nak ulang satu persatu.

Mungkin agaknya kerana mengenang jasanya sebagai antara tokoh pro kerajaan pertama yang meninggalkan kerajaan bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998, mungkinlah, aku tak tahu.

Bagaimanapun, itu cerita lama dan kita hidup hari ini dengan memandang ke depan, bukan ke belakang.  Apa pun besar jasa Haron Din ini, tapi apabila dia mempersoalkan kewibawaan Wan Azizah sebagai Menteri Besar, kewibawaan dia sendiri pun ikut hilang.

Kurang-kurang Wan Azizah menang di Kajang dan 2 penggal di Permatang Pauh.  Sedangkan Haron Din, tidak pernah dalam sejarahnya sejak masuk dalam politik, pernah menang sebagai wakil rakyat mahupun sekali.

Jadi betullah kenyataan Nie Chin apabila mempersoalkan wibawa Haron Din.  Dia siapa nak pertikaiai kebolehan Wan Azizah, dia sendiri bila bertanding pilihanraya, selalu saja kalah.

No comments: