Hujan yang turun mencurah-curah di beberapa tempat semalam seakan mengiringi air mata Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang turun bila memperkatakan tentang serangan peribadi yang dilancarkan Presiden PAS, Hadi Awang ke atas yang dikatakan tidak layak menjadi MB Selangor.
Aku sendiri dan ramai yang lain berasa sungguh sedih, cuma tak sampai ke tahap mengalirkan air mata (seperti ramai orang yang lain) bila membaca kenyataan itu yang dibuat dengan begitu mendalam serta penuh keikhlasan yang teramat sangat.
Inilah kehebatan Wan Azizah.
Walaupun dikeji dan dihentam dari segenap penjuru oleh Hadi Awang dan konco-konconya dalam Majlis Syura Ulama (termasuk Nik Aziz syaitan tua), beliau masih lagi sudi memaafkan tua kutuk tak sedar diri itu.
Kalau ini orang lain, sudah tentu Hadi Awang akan dikecam sehingga tidak cukup tanah, tapi kerana ini Wan Azizah, maka Hadi Awang terselamat.
Malah, lebih mulia lagi, Wan Azizah turut meminta semua serangan ke atas Hadi Awang oleh pimpinan PKR dan DAP, dihentikan dengan serta merta - arahan yang tidak dapat aku patuhi sehingga Hadi Awang meminta maaf seperti desakan Ketua Pemuda PKR kelmarin.
Kalau semua ini tidak cukup kuat untuk melayakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor (tambah dengan latar belakang sebagai doktor pakar mata), aku tak tahu apa kelayakan lagi yang diperlukan oleh PAS.
Jauh disudut hati, aku dapat rasakan, masalah sebenarnya ialah gender dan agama, PAS sahaja yang tak mahu mengaku.
No comments:
Post a Comment