Wednesday, September 17, 2014

Desakan PKR dapat sambutan hangat pelajar

Sim Tze Tzin
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata penambahan seramai 5,328 pelajar atau 25 peratus pelajar yang merayu ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuktikan bahawa kementerian telah gagal menawarkan tempat yang mencukupi pada bulan Ogos.

Tambah Tze Tzin hanya seramai 37,467 pelajar layak atau 55.5 peratus yang ditawarkan tempat pada bulan Ogos.

“Kami percaya penambahan mendadak ini adalah langkah terdesak, “desperate attempt” akibat kemarahan ramai pelajar dan ibu bapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun menurut Tze Tzin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melihat perkembangan terbaru ini secara positif dan berasa bangga kerana hasil tekanan pihak PKR, Pakatan Rakyat (PR), media dan rakyat jelata telah berjaya membuahkan hasil.
“PKR telah melancarkan laman web HEAP di heap.keadilanrakyat.org pada bulan Ogos dan mendapat sambutan hangat akibat ramai pelajar gagal mendapat tempat ke IPTA atau mendapat kursus yang amat mengecewakan.
“Sepanjang 10 hari pembukaan laman web HEAP, kami telah mendapat aduan daripada 254 pelajar dari pelbagai kaum dan agama, terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan rendah,” jelasnya.
Katanya lagi, mengikut database HEAP, kami boleh merumuskan bahawa terdapat dua kelemahan sistem UPU iaitu pelajar cemerlang dapat kursus luar pilihan dan luar biasa serta pelajar yang cemerlang tetapi gagal mendapat tawaran dan pelajar yang lebih lemah dapat tawaran,” ujarnya.
“Kementerian Pelajaran harus menjawab kenapa pengambilan pelajar IPTA telah merosot 8.4 peratus, satu angka yang amat membimbangkan.
“Adakah MOE menghadapi masalah kewangan dan ingin meringankan bebanan menampung pelajar?
“Adakah Universiti tempatan telah menukar fokus, dengan mementingkan kemasukan pelajar asing atau dasar kerajaan ingin memupuk perkembangan IPTS dengan mengurangkan kadar kemasukan pelajar berkelayakan,” soalnya.
PKR mendesak kerajaan jangan melepaskan tangan daripada tanggungjawab mendidik rakyat Malaysia kepada IPTS.
“PKR berpendapat agak bimbang dasar kerajaan yang giat membenarkan penubuhan IPTS akan mengakibatkan “commercialization of Higher Education.
“Pada tahun 2014, ahli-ahli Parlimen meluluskan bajet tertinggi sebanyak 21 peratus atau 54.6 billion ringgit kepada Kementerian Pendidikan berbanding 2013 hanya RM38.7 billion.
“Peningkatan bajet sebanyak RM15.9 billion atau 41 peratus ini agak mendadak dan harus dipakai oleh Kementerian Pendidikan demi melaksanakan tanggungjawab mendidik rakyat Malaysia,” ujarnya.

No comments: