Friday, September 5, 2014

GEMPAR!!: Khalid Ibrahim Antara Satu Nama Dicalonkan PAS?


Ini perkembangan mutakhir yang baru diterima, sumber dari PAS memaklumkan bahawa nama Khalid Ibrahim turut tersenarai antara 3 calon Menteri Besar yang dihantar parti itu untuk pertimbangan pihak Istana!!

Agak mengejutkan juga kerana Khalid bukan ADUN PAS, tapi mengetahui betapa kelam kabutnya PAS di Selangor hari ini (menyokong Khalid sebagai Menteri Besar), maka aku tidak begitu terkejut jika maklumat ini benar.

Sememangnya di kalangan ADUN PAS sedia ada di Selangor, tidak seorang pun yang layak untuk menjadi Menteri Besar kerana kebanyakkan mereka ini hanya kutu jalan yang dikutip menjadi ahli politik.  Taraf pendidikan tidak ada (atau begitu rendah sekali), hanya pandai cakap dan berhujah dalam bahasa Arab sedikit.


Justeru, tidak hairan kenapa Khalid Ibrahim masih menjadi pilihan parti itu untuk menerajui kerajaan Selangor.  Status Khalid sebagai ADUN Bebas, tidak begitu penting kepada PAS kerana sekarang pun 4 Exco dari parti itu berkhidmat dibawah Khalid - walaupun salah dari segi moral.

No comments: