Friday, September 5, 2014

PasMa Ditubuh Untuk Hancurkan Ulama PAS

Pengkhianatan yang dilakukan Abdul Hadi Awang dan kuncu-kuncunya terhadap Pakatan Rakyat dengan menambah nama calon PAS diantara 3 nama yang dihantar kepada pihak Istana untuk pertimbangan jawatan Menteri Besar Selangor, akan terbalas tidak lama lagi.

Ini setelah aku diberitahu bahawa sebuah parti baru menggunakan nama PasMa yang juga singkatan kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia akan mula bergerak sebagai parti politik (dari persatuan sekarang) tidak lama lagi.

Difahamkan buat masa ini, PasMa dipimpin oleh 3 ahli Parlimen PAS, 1 ADUN PAS dan beberapa orang bekas wakil rakyat PAS yang tewas dalam PRU13 yang lain.  Struktur pentadbiran PasMa adalah menyerupai PAS sendiri dengan parti baru itu juga bakal diketuai oleh seorang Mursyidul Am.

Penubuhan PasMa dikatakan lahir dari kesedaran bahawa PAS kini sudah keluar jauh dari landasan perjuangan Pakatan Rakyat.  Wa'la atau ketaatan membuta tuli terhadap golongan ulama parti itu telah dikenalpasti sebagai punca utama kenapa PAS gagal sejak mula ditubuhkan lebih 60 tahun dulu.

Maka tidak hairanlah kenapa hanya seorang bekas ulama PAS yang menyertai PasMa, majoriti yang lain adalah pemimpin parti itu dari golongan liberal dan sekular.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk PasMa menjadi sekutu baru dalam Pakatan Rakyat bagi menggantikan PAS yang mengkhianati Pakatan Rakyat dengan menghantar calon Menteri Besar dari kalangan mereka sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Nasib baik masih ada golongan cerdik pandai, berintegrasi, amanah dari PAS Lama. Pakatan Rakyat akan lebih kuat dgn Pas Baru!! Allahuakbar!!!