Friday, September 12, 2014

GEMPAR!! PKR Kelantan Akan Letak Calon Esok?


Rasa tidak puas hati PKR Kelantan ke atas keputusan PKR Pusat menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi mereka, bukan isu baru.

Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir dikatakan orang yang paling marah bila PKR Pusat membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS tanpa terlebih dahulu berbincang dengan pimpinan negeri.

Maka tidak hairanlah kenapa sudah mula kedengaran berita yang mungkin kurang menyenangkan PAS bahawa PKR Kelantan akan tetap meletakkan calon mereka di Pengkalan Kubor pada hari penamaan calon esok!!


Tindakan ini, walaupun berlawanan dengan arahan PKR Pusat tapi tidaklah menjadi kesalahan kerana PAS sendiri dalam PRU13 yang lepas pun bertegas untuk meletakkan calon di 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang sepatutnya di tandingi PKR.

Inilah masa yang sesuai untuk PKR membalas semula 'pengkhianatan' yang pernah dilakukan PAS terhadap mereka dulu.  Apatah lagi Pengkalan Kubor memang kerusi tradisi PKR sejak 2004, cuma kali ini diserahkan kepada PAS sebagai kompromi penyelesaian Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, ini semua masih khabar angin.  Betul atau tidak perkara tersebut, hanya akan diketahui esok.

No comments: