Saturday, September 13, 2014

P'gkalan Kubor: SAH!! BN, PAS dan PKR (Bebas) Bertanding

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor berakhir sebentar tadi dengan 3 calon disahkan bertanding iaitu masing-masing dari BN, PAS dan PKR.

Atas sebab-sebab tertentu (tiada watikah dari PKR Pusat), calon PKR (gambar di atas) bertanding di atas tiket Bebas bagi mengelakkan penclonannya dibatalkan.

Proses penamaan calon ini agak muram tanpa kelibat penyokong DAP dan PKR yang memulaukan pertandingan kali ini.  PKR hanya menghantar 2 orang wakil iaitu Ahli Parlimen Bukit Katil dan Ahli Parlimen Batu tanpa kelibat pemimpin-pemimpin utamanya yang lain.


DAP tidak langsung menghantar wakil ke proses penamaan calon kali ini, berbeza dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lepas bila penasihat DAP, Lim Kit Siang pasti turun memberikan sokongan.

No comments: