Saturday, September 13, 2014

Guru Pondok Genting Tidak Sokong Calon BN?


Semua orang tahu tokoh guru pondok Kelantan yang juga pemilik kompleks sekolah pondok Genting, Abdullah Sa'amah adalah penyokong kuat BN/UMNO dan anti kerajaan PAS Kelantan.

Abdullah adalah orang pertama yang mengeluarkan fatwa haram untuk orang Islam mengundi calon DAP pada 2012 - tidak lama selepas itu, sekolah pondoknya menerima bantuan sebanyak RM 2 juta dari kerajaan persekutuan

Dengan status itu, sepatutnya Abdullah berjalan di depan bersama-sama pimpinan UMNO/BN yang lain dalam perarakan semasa proses penamaan calon sebentar tadi, tapi itu tidak berlaku.

Adakah ini bermaksud Abdullah tidak bersetuju dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail?  Adakah dia memasang impian agar dicalonkan disitu kerana dia juga pemilik sekolah pondok, sama seperti Mat Razi?

Tidak mungkin Abdullah sudah menyokong PAS kerana kalau dia mahu sekali pun, kita semua tahu selagi Nik Aziz hidup, dia tidak akan membenarkan orang seperti Abdullah menyertai parti itu.

Jadi, kita berfikiran waras sajalah bahawa Abdullah memang tidak menyokong calon BN kali ini atas sebab-sebab yang dia saja tahu.  Sebab itu dia tidak hadir walaupun pilihanraya kecil kali ini diadakan dalam kawasan dimana sekolah pondoknya berada.

RM 2 juta yang disumbangkan kerajaan persekutuan dulu pun mungkin sudah jadi debu, tak top-up top-up agaknya, tu yang tunjuk perasaan kot.

No comments: