Monday, September 15, 2014

Isu MB: Azizah ada rekod cemerlang


  • Pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini pada sidang media di ibu pejabar PKR hari ini. Pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini pada sidang media di ibu pejabar PKR hari ini.
 1 / 1 
PETALING JAYA - Presiden PKR,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disifatkan mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang bagi menggalas jawatan Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Datuk Mat Ghazali Abd Rakim berkata, kelayakan yang ada pada Wan Azizah sudah mencukupi syarat yang digariskan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Kami tanpa sebarang keraguan menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu kerana kelayakan yang jitu.


"Beliau mencukupi segala syarat dan kelayakan. Kami yakin beliau akan menjadi menteri besar yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara musyawarah melalui pembentukan majlis Syura kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod cemerlang beliau," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Pada sidang media berkenaan, 50 pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini.

Menurutnya, kemelut isu pelantikan menteri besar yang sudah terlalu lama boleh mengakibatkan gangguan terhadap kelancaran pentadbiran.

"Ia boleh mengakibatkan pentadbiran kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik. Banyak urusan kerajaan boleh terganggu dan boleh dicabar kesahihannya.

"Penyelesaian isu ini akan dapat meredakan konflik politik di Selangor," katanya.

No comments: