Monday, September 15, 2014

Tidak Salah Nik Aziz Guna Tongkat Yang Dijampi Sami Buddha


Ada satu isu hebat yang dimainkan UMNO di Pengkalan Kubor sekarang ini - pengakuan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat bahawa tongkat yang digunakannya sekarang adalah tongkat jampi hadiah dari Sami Buddha sebuah rumah Berhala di Pengkalan Kubor untuk menjamin kesihatan dan keselamatannya.

Video pengakuan tersebut boleh dirujuk di sini.

Apa pun nak diterangkan disini bahawa tidak salah untuk Nik Aziz menerima hadiah tongkat jampi dari Sami Buddha itu kerana mengikut sejarahnya, alim ulama dalam sejarah Islam dulu pun pernah menerima hadiah dari orang Yahudi!!

Walaupun hadiah itu bukan tongkat jampi seperti yang diterima/digunakan Nik Aziz, tapi tidaklah mendatangkan kesalahan kerana niatnya adalah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan Nik Aziz, memandangkan dia sering ke sana ke mari menggunakan tongkat.

Bukankah baik kalau tongkat itu dapat melindungi keselamatan Nik Aziz dari sebarang ancaman malapetaka dan penyakit?  Yang penting disini bukan tongkat dijampi atau tidak, tapi kebaikan yang dibawa oleh tongkat tersebut.

Itulah yang penting, itulah yang menjadikan tidak salah untuk Nik Aziz menggunakan tongkat tersebut.

UMNO disaran mencari isu lain dalam menawan hati pengundi di Pengkalan Kubor dari mempersoalkan tongkat jampi yang digunakan Nik Aziz.  

Rakyat Pengkalan Kubor dahagakan janji-janji UMNO dalam PRU13 yang dulu yang masih belum bertunai seperti pembaikan jalan dan pembinaan hotel bertaraf antarabangsa di kawasan itu - sesuai dengan kedudukkannya sebagai daerah sempadan

No comments: