Tuesday, September 23, 2014

LIVE!! Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor

  • Kelihatan DYMM Sultan Selangor tiba di Istana Alam Shah,Klang pagi ini. Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, sudah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALIKelihatan DYMM Sultan Selangor tiba di Istana Alam Shah,Klang pagi ini. Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, sudah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 1 / 1 
KLANG - Selepas melalui konflik berpanjangan, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa hari ini.

Ikuti laporan terus Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Istiadat disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

8.30 pagi: Petugas media mulai hadir sebagai persiapan awal.

8.50 pagi: Keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

9.00 pagi: Petugas media dan pihak polis memasuki pekarangan istana.

9.20 pagi: Kelihatan beberapa kenderaan melepasi pintu pagar istana.

9.57 pagi: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi tiba di Istana.

9.58 pagi: Exco Selangor, kenderaan Dr Halimah Ali memasuki pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

10.04 pagi: Pihak Istana sahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir. Hanya barisan Exco sahaja yang dijemput, Adun tidak dijemput hadir.


10.15 pagi: Azmin dan isteri, Shamsidar masuk ke perkarangan istana.

10.28 pagi:  Exco Selangor, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut hadir ke Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor.

10.28 pagi: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masuk ke Balairong Seri, Istana Alam Shah bagi menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor ke-15, Mohamed Azmin Ali.

10.34 pagi: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menghadap mohon perkenan untuk menjalankan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji serta pengurniaan surat cara pelantikan MB Selangor.

10.40 pagi: Mohamed Azmin dititah menghadap Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji

10.42 pagi: Mohamed Azmin kini secara rasmi dilantik sebagai MB Selangor.

10.55 pagi: Azmin Ali angkat sumpah jawatan MB.

11.01 pagi: Majlis lantikan MB Selangor disempurnakan.

No comments: