Antara sebab kenapa calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim perlu menang di Pangkalan Kubor ialah kerana UMNO tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah setempat masyarakat di Pangkalan Kubor.
Kuasa persekutuan yang UMNO miliki, hanya terhad kepada pembangunan projek-projek mega, bukan hal-hal perbandaran yang biasa seperti kesihatan, kebersihan dan sebagainya sedangkan inilah yang penting sekali kerana boleh memudaratkan kesihatan rakyat kalau tidak ditangani awal.
UMNO tidak akan menghantar lori sampah kalau sampah tak berpungut selama berminggu-minggu, UMNO tidak akan membetulkan parit kalau ianya tersumbat dan sebagainya, hanya kerajaan negeri pimpinan PAS sahaja yang boleh melakukan semua itu.
Macam keadaan di Pangkalan Kubor sekarang, perlu diakui infrastrukturnya begitu lemah sekali setelah 3 penggal diwakili wakil rakyat UMNO. Keadaan itu menyebabkan Pangkalan Kubor menjadi antara 'hot spot' denggi yang paling tinggi di Kelantan amnya dan jajahan Tumpat khasnya.
Kelantan menjadi antara dua negeri (selain Selangor) yang paling teruk dihambat virus denggi pun adalah kerana peratusan penduduk Pangkalan Kubor yang tinggi dijangkiti penyakit tersebut.
Justeru, kemenangan Wan Rosdi dalam pilihanraya kecil kali ini, dijangka mampu mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. PAS akan memberi lebih perhatian kepada Pangkalan Kubor agar penyakit denggi yang menjadi wabak di kawasan tersebut, dapat dihapuskan.
Jika UMNO berterusan menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut, tidak ada peluang untuk masyarakat Pangkalan Kubor bebas dari denggi kerana peruntukkan penyelenggaraan yang ada, lebih baik disalurkan kepada DUN-DUN yang diwakili PAS atau PKR.
Itu adalah lebih baik dari membazirkan wang untuk kerusi yang menolak Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment