Wednesday, September 17, 2014

Ilmu Abdullah Sa'amah Setaraf Budak Tadika

Kempen PAS di Pangkalan Kubor kali ini nampaknya banyak diganggu oleh kekerapan kempen UMNO yang dibantu kuat oleh pemilik sekolah pondok Abdullah Sa'amah yang gemar mengadakan ceramah berhampiran kawasan PAS mengadakan ceramah.

Mentang-mentang dia mempunyai ramai anak murid di kawasan ini.

Padahalnya menurut maklumat, ilmu Abdullah Sa'amah ini tidaklah sehebat mana, hanya cukup-cukup untuk bercakap soal agama sikit-sikit.  Dikatakan, kalau diletakkan Abdullah Sa'amah sebelah menyebelah dengan budak tadika PASTI pun, belum tentu dia boleh menang berhujah.


Sebab itulah sekolah pondok kelolaan Abdullah Sa'amah lebih banyak dihuni orang tua dari kanak-kanak seperti mana sepatutnya.  Dah nama pun sekolah, takkan untuk orang-orang tua kot, tentulah untuk budak-budak.

Tambahan kepada itu, bila Abdullah Sa'amah menggunakan hujah agama yang longgar dalam mengecam Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kerana menggunakan tongkat yang dijampi Sami Buddha untuk menjamin keselamatan dan kesihatannya.

Sesiapa pun boleh kata salah di sisi Islam kalau menggunakan tongkat untuk meminta bantuan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan, tapi apa hujahnya, apa dalilnya?

Tapi inilah orangnya yang UMNO minta bantuan untuk menyaingi kempen PAS dan setakat ini nampaknya mereka berjaya.  Kempen PAS berjaya diperlahankan, kempen UMNO berjaya dihebatkan.

Pimpinan PAS perlu mencari jalan keluar bagaimana nak memperbaiki keadaan ini.  Tidak bolehlah keadaan ini dibiarkan berterusan atau PAS berhadapan dengan kemungkinan untuk kalah buat kesekian kalinya.

No comments: