Aku difahamkan seorang perwakilan PAS dari Selangor akan membuat usul undi tidak percaya ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Jumaat ini.
Usul berkenaan adalah sebagai membantah tata cara Hadi mengendalikan krisis Menteri Besar Selangor sehingga menyebabkan negeri itu diperintah oleh seorang Menteri Besar bebas, dibantu oleh 4 Exco dari PAS - kali pertama dalam sejarah negara.
Bagaimanapun, usul berkenaan masih perlu mendapat kelulusan Muktamar sebelum diterima untuk tindakan selanjutnya.
Yang penting sekali, usul undi tidak percaya ini nanti menunjukkan bantahan ahli akar umbi PAS terhadap kepimpinan lemah Hadi menguruskan hubungan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain dalam isu Menteri Besar Selangor.
Keputusan tidak konsisten, menggunakan kuasa eksekutif sebagai Presiden secara semborono dan sebagainya adalah antara kesilapan Hadi menguruskan PAS sehingga menaikkan kemarahan penyokong parti tersebut, terutama di Selangor.
No comments:
Post a Comment